t>

Selamat datang

Monday 29 October 2012

Masalah Pembelajaran

Kenangan Bersama pelajar PDK

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku. Ini merupakan ciri-ciri umum pelajar bermasalah pembelajaran.


Ciri Kognitif
  Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaanya lemah dalam penguasaan pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran biasanya menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetauan yang sedia dengan yang pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetauan tersebut dalam situasi pembelajaran.

Ciri Akademik
    Ciri akedemik ini berlaku dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar bermasalah pelajaran mengadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang telah dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah Disleksia. 

    Selain membaca, pelajar ini juga menghadapi masalah dalam kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat( sintak) dan pragmatik. Pelajar yang llemah dalam lisan akan gagal dalam memahami perkataan yang disampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya. 

   Masalah menulis dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran juga berlaku iaitu kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa dengan betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Hal ini secara umumnnya, pelajar bermasalah pembelajaran ini lemah dalam kemahiran menulis berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal. Namun, kemairan menulis pelajar ini boleh dibaiki jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

   Pelajar masalah pembelajaran juga menghadapi masalah dalam matematik. Masalah ini juga boleh diistilahkan sebagai diskalkulia yang meruk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik atau pengiraan. Pelajar ini bermasalah dalam tidak dapat meguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan mengukur seperti saiz, wang, jarak atau cecair.

Ciri Sosial dan  Emosi
   Memahami aspek sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran amat penting. Pelajar bermasalah pembelajaran biasanya mempunyai kemahiran sosial yang lemah. Hal ini menjadikan mereka sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka juga kurang mempunyai kawan-kawan dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk megetahui cara untuk menjalankan komunikasi yang berkesan serta menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Akibatnya kenyakinan diri mereka akan rendah disebabkan kekecewaan usaha mereka untuk berinteraksi kurang berjaya. Adakalanya sikap mereka yang agresif dan selalu bertingkah laku negatif menyebabkan mereka dipulaukan.

Motivasi
   Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakkan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan mereka hanya menggangap mereka hanya bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam peperiksaan mereka menganggap diri mereka bisu( dumb). Keadaan ini menunjukan betapa lemahnya motivasi mereka.


Ciri Tingkah Laku.
   Tingkah laku yang dimaksudkan adalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan den banyak lagi. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan menganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh menganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.




Sejarah Pendidikan khas.

  Pendidikan khas di Malaysia mula diberi perhatian pada tahun 1920-an oleh golongan sukarelawan yang mula terlibat dalam pembukaan sekolah khas bermasalah pendengaran dan penglihatan. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang telah mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran 1979 melalui perakuan 169 merupakan titik tolak yang membawa penekanan dan tumpuan terhadap perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Falsafah pendidikan khas telah digbal iaitu pendidikan khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Tarikh-tarikh penting:

1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
1931
Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 
1963
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu
1978
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran
1979
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
1988
Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995
Program  Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Tarikh-tarikh penting masalah pembelajaran



 Tahun 
Peristiwa
1988
- Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).

 Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 
1990
-   Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah
    Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari   
    kelas-kelas percantuman telah diuji.
-    Mesyuarat  menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti
    Malaya.
1991
- Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
1992
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993
- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.
1995
 Pendidikan Inklusif bermula.

1996
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
2006
 Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.


Jenis-jenis masalah pembelajaran



  • Sindrom down
  • Autisme
  • Attention deficit hyperactive disorder
  • Terencat Akal Minimal
  • Masalah pembelajaran spesifik







     Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami banyak perubahan selaras dengan keperluan dan kemajuan negara. Pembinaan sekolah di seluruh negara adalah  bertujuan memberi peluang kepada semua tidak kira rendah mahupun menengah. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dan beberapa buah sekolah pendidikan khas telah dibuka. Kementerian Pelajaran juga turut memperkenalkan pendidikan integrasi di sekolah kanak-kanak berkeperluan khas masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Pada tahun 1960 an, beberapa buah sekolah rendah dan menengah di beberapa buah negeri telah dipilih untuk menjalankan program pencantuman untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Pada masa kini, terdapat 9 program pencantuman bermasalah penglihatan di sekolah rendah dan 14 program percantuman di sekolah menengah. Sementara di sekolah masalah pendengaran pula adalah sebanyak 30 program di sekolah rendah dan 37 program di sekolah menengah (Kementerian Pendidikan, 2005).

    Bagi sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran pula telah disediakan pada tahun 1989. Kelas pendidikan khas ini merupakan program khas di sekolah biasa dimana murid bermasalah pelajaran ditempatkan di bilik darjah yang berasingan. Katogeri kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah 




Sunday 28 October 2012

Definisi


pelajar pendidikan khas
Definisi Pendidikan khas

   Pendidikan khas merupakan satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan khas murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik  untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992), pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.


Definisi masalah pembelajaran

 Garciulo (2003) menyatakan masalah pembelajaran sebagai "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. Thesedifferences may be due to significantphysical, sensory, cognitive, or behavioralcharacteristics. Many of these childrenmay require educational programscustomized to their unique needs."

Jabatan Pendidikan Khas,KPM pula mendefinisikan mrid bermasalah pembelajaran sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif yang boleh dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat daripada pendidikan formal.

Pendidikan khas bermasalah pembelajaran pula ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang mengalami masalah daripada aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad.

     Katogeri kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas adalah sindrom down, Autisme, Hiperaktif, kerencatan mental minima dan kurang upaya dalam pembelajaran 

Individual With Disabilities Education Act (IDEA), 1997.

      
    Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang mengalami masalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya ata ekonomi.

The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990


    Masalah pembelajaran sebagai satu kumpulan yang masalah pelbagai yang mmengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat  keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada semua peringkat umur. Masalah mengawal tingkah laku , persepsi dan interakksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Kesimpulanya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran di sebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
 



Kurikulum murid bermasalah pembelajaran

  Kurikulum yang digunakan adalah mengikut kemampuan murid tersebut dan bukan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti murid-murid yang normal atau aliran perdana. Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran. Model kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran digubal berdasarkan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan di aliran perdana. perancangan dan pengubahan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengambil kira pelbagai keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, peraturan-peraturan pendidikan (Bahagian Pendidikan khas). Program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas )yang menyatakan bahawa"guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan akktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi tujuan dan matlamat pendidikan khas" (Jabatan Pendidikan khas ,1997). Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yan tidak terikat. Hal ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pada pemulihan pengalaman pembelajaran melalui bidang-bidang khas.