t>

Selamat datang

Monday 26 November 2012

sindrom down

Murid-murid bermasalah pembelajaran (sindrom down)

Definisi

Sindrom down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan genetik dan tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Ia juga terjadi kerana kehadiran satu kromosome yang berlebihan dalam sel badan iaitu ketidaknormalan pada pasangan kromosome 21.

Punca-punca sindrom down


  1. Ketidaknormalan genetik
  • Biasanya berlaku pada kromosome yang ke 21. Hal ini adalah disebabkan oleh proses pembahagian sel yang tidak sempurna dan menyebabkan berlakunya lebihan sel. Segolongan besar kes sindrom down bukan disebabkan faktor keturunan kecuali jika punca itu disebabkan masalah duplikasi sel.
  • Faktor persekitaran seperti umur ibu semasa hamil dan pengambilan baranga terlarang seperti dadah, alkohol dan terdedah kepada sinaran x-tray juga menyebabkan seseorang bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami sindrom down. Umur ibu semasa hamil memberi kesan yang sangat tinggi kepada bayi. Bagi ibu yang berusia 15-24 tahun risikonya 1:1300, pada umur ibu 40 tahun usianya risikonya sangat tinggi untuk mendapat anak sindrom down iaitu pada kadar 1:25 bagi setiap kelahiran.
  1. Trasomi 21
  • Disebabkan oleh kegagalan mioisis iaitu kegagalan gamet yang dihasilkan dengan tambahan salinan pada kromosome 21, maka gamet akan menjadi 24 kromosome. Apabila bergabung dengan gamet normal daripada pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosome dengan 3x salinan kromosome 21.
  • Trisomi 21 biasanya berlaku sebelum kehamilan dan akan menyebabkan kesemua sel dalam janin tersebut terjejas. Walaubagaimanapun apabila sesetengah sel dalam tubuh adalah normal dan sesetengah sel trisomi 21 ia dikenali sebagai sindrom mozaik (46, XX/47, XX,+21) dan ia boleh berlaku dalam dua cara iaitu kegagalan diawal pembahagian sel pada embrio normal yang mendorong pada pecahan sel dengan trisomi 21. Kedua ialah apabila embrio sindrom down melalui kegagalan dan ketidaknormalan sesetengah sel pada embrio kembali pada aturan kromosome yang normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21 pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Dalam sindrom mozaik, ciri-ciri sindrom down tidak begitu katara pada wajah murid-murid dan mereka tidak mengalami kerosakan otak yang teruk. 

  • Terjadi tidak membabitkan lebihan kromosome tetapi unjuran lengan kromosome 21 melekat pada kromosome lain dan selalunya tranlokasi berlaku pada kromosome 4, 14, 20 dan 21. Ia berlaku pada 2 cara iaitu apabila kromosome 14 bercampur dengan kromosome 21. Kedua ialah translokasi yang berlaku apabila kromosome 21 bercampur dengan kromosome yang sama atau dengan dirinya sendiri. Jika ibu adalah pembawa risiko untuk mendapat anak sindrom down adalah 100% iaitu membabitkan semua kelahiran dalam keluarga. Sindrom down juga dirujuk sebagai syndrome down familiar. Dalam kes sindrom down yang telah dikaji 2%-3% berpnca daripada sindrom ini. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan usia ibu dan kemungkinan juga disebabkan bapa atau ibu.
  1. Mempunyai ciri yang sama antara satu sama lain
  • mempunyai pangkal hidung yang kemik, lidah yang tebal dan kerap kali terjelir, saiz mulut yang kecil dan pertimbuhan gigi yang lambat serta tidak teratur.
  • Mempunyai kepala yang agak kecil dan agak leper atau nipis di bahgian belakang.
  • Muka yang rata dan kelihatan pipi agak tembam.
  • Mata yang sepet dan jarak kedua-dua mata agak jauh
  • Telinga yang agak kecil dan kedudukannya agak rendah dan berbeza dengan orang normal.
  • Tapak tangan yang agak lebar dan hanya mempunyai satu jalur lipatan sahaja.
  • Jari yang pendek
  • Lengan yang agak pendek berbanding kanak-kanak yang normal.
  • Jarak ibu jari kaki dengan ibu jari telunjuk kaki mereka juga agak jauh terpisah.
  • Leher yang pendek dan besar serta mempunyai kelompak mata yang berlipat-lipat.
  • Mengalami masalah otot yang lembik dan sendi yang longgar.
  • Ketinggian badan yang rendah dan parut kelihahat menonjol keluar
Sindrom down
Trisomi 21.

  • Mempunyai masalah dalam ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru diajar.
  •  Mempunyai masalah dala generalisasi dalam bidang akademik, tingkah laku dan interaksi sosial.
  • Sekiranya mereka menghadapi masalah mereka tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri.
  • Mempunyai motivasi yang rendah seperti tidak mahu menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan mudah berputus asa.

Autisme

Autism

Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang salah satu penyakit kategori masalah pembelajaran iaitu autisme.

Definisi
Perkataan Autism adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme bererti aliran. Ia juga didefinisikan sebagai keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autism juga melibatkan masalah perkembangan yang memberi kesan terhadap komunikasi verbal dan bukan verbal serta interaksi sosial serta memberi impak terhadap pencapaian seseorang individu.

Ciri-ciri Autism

  1. Perkembangan bahasa yang lambat
  2. Sukar diajak bercakap
  3. Meniru perbualan orang lain
  4. Sukar memulakan perbualan
  5. Mengeluarkan bahasa yang sukar difahami
  6. Kelihaan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Aspek yang dititikberatkan
  1. Interaksi sosial
  • Tidak menghiraukan orang lain
  • Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak dari memandang orang lain'
  • Suka menjauhkan diri dan duduk disesuatu tempat
  • Lebih suka bermain sendiri
  • Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
  • Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
   2. Gangguan Deria
  • Tidak suka dipegang 
  • Sensitif terhadap bunyi yang kuat dan menutup telinga
  • Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
  • Sensitif pada sentuhan
   3. Tingkah laku
  • Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
  • Tidak suka akan perubahan 
  • Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa reaksi
  4. Emosi
  • Sangat sukar diramal dan kerap berubah-ubah
  • Menyerang sesiapa sahaja berhampiranya jika emosiny terganggu
  • Mengamk tanpa terkawal sekiranya kemahuannya tidak dituruti ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diigini.
  • Adakalanya mencederakan diri sendiri
  • Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab
  • Merosakkan apa sahaja yang ada disekeliling jika emosinya tidak stabil.

Punca-punca Autisme
  1. Faktor genetik
  2. Faktor sebelum kelahiran
  3. Faktor semasa kelahiran
  4. Faktor selepas kelahiran
  5. Pencemaran dan toksin persekitaran

Pengujian untuk kanak-kanak autisme
  1. Ujian kecerdasan atau intelektual.
  • Menentukan kelayakan individu autisme untuk menerima perkhidmatan pendidikan khas 
    2. Ujian tingkah laku
  • Mengetahui matlamat kefungsian tingkah laku seseorang individu  
  • Mengenalpasti tingkah laku dan akibat setiap tingkah laku tersebut.
Pencengahan atau rawaatan
  1. Rawatan perubatan
  • Pengambilan vitamin B6 bersama magnisium
  • Pengambilan ubat ritalin
    2. Pengurusan tingkah laku
  • Pendekatan analisis terapan tingkah laku
  • Terapi pertuturan
  • Intervensi Awal
  • Intervensi auditori
    3. Peranan pihak sekolah dan ibubapa dari segi pengesanan awal kanak-kanak autisme
  • Peka apabila murid-murid atau anak-anak kurang memberi perhatian atau kurang cekap dalam pelajaran
  • Guru kelas perlu sedar terdapat kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid
  • Merujuk kanak-kanak yang disyaki tersebut kepada guru yang mempunyai kemahiran atau latihan pendidikan khas
  • Mengetahui tanda-tanda awal masalah pembelajaran dalam kalangan anak-anak mereka.
  • Membuat saringan
Peranan pihak dalam membantu kanak-kanak autisme
  1. Kerajaan
  • Memberi peluang pendidikan dan pembelajaran kepada mereka.
  • Merancang kurikulum untuk pendidikan khas tanpa menekankan keupayaan murid-murid autisme.
  • Menubuhkan pusat pemulihan dalam kominiti dan pusat sinar harapan.
    2. Bukan kerajaan

Sunday 18 November 2012

Masalah pembelajaran-Hiperaktif

Dalam bidang pendidikan khas masalah pembelajaran ini saya suka ingin memberi penekanan kepada masalah hiperaktif.

Hiperaktif

Definisi
Istilah yang digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Ia juga didefinisikan sebagai tingkah laku pelajar yang terlampau lasak, aktif, nakal, agreseif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan pelajar normal yang lain.

Ketogeri hiperaktif

  • Kurang Tumpuan
  • Hiperaktif
  • Impulsif

Ciri-Ciri Umum
  1. kurang tumpuan dalam kelas
  2. Bertindak secara spontan
  3. Sering tidak duduk diam
  4. Mempunyai masalah pembelajaran
  5. Degil dan sukar dikawal.
  6. Perbuatan dilakukan dengan pantas
  7. Perkembangan dilakukan dengan pantas
  8. Kurang bersabar
Aspek dan ciri-ciri murid hiperaktif
  1. Kognitif dan pencapaian akedemik
  • Lemah dalam pencapaian akademik
  • Gred yang diperolehi rendah
  • Mempunyai masalah belajar dalam jangka masa yang panjang
  • Mempunyai tulisan tangan yang buruk
  • Kerja yang tidak memuaskan
  • Tugasan yang tidak lengkap dan disusun dengan baik
2. Sosial
  • Tidak suka bergaul dengan rakan sebaya yang lain
  • Sukar diterima kawan kerana agresif
  • Tidak pandai berkomunikasi
  • Cenderung melakukan aktiviti sendirian
  • Tidak disukai oleh rakan
3. Emosi
  • Emosi tidak menentu 
  • Suka ketawa dan berasa seronok dengan tiba-tiba
  • Tidak suka duduk diam tanpa melakukan sesuatu
  • Berasa seronok bila rakan-rakan marah dengan gangguan yang dilakukan
  • Mudah berasa risau dan rendah diri
  • Kelakuan yang berulang-ulang 
  • Komunikasi yang sukar difahami
4. Tingkah laku
  • Agresif-menyebabkan kesukaran untuk membentuk perhubungan sosial
  • Suka menganggu rakan 
  • Berlari dan memanjat di dalam kelas
  • Bertukar satu tempat ke tempat yang lain
  • Tidak sabar
  • Sukar menunggu giliran 
  • Tingkah laku yang membahayakan diri sendiri
5. Bahasa
  • Lambat dalam perkembangan bertutur
  • Sukar  belajar perbendaharaan kata yang baru dan menamakan sesuatu
  • Percakapan yang sukar difahami
  • Tidak memahami arahan walaupun mudah
  • Sukar menyatakkna kehendak
6. Pengurusan diri
  • Mempunyai mesalah membersihkan atau mengemaskan diri
  • Mempunyai masalah mengenakan pakaian
  • Bertindak secara terpaksa
7. Kesihatan
  • Menghadapi masalah kesihatan disebabkan makanan yang menjejaskan otak
  • Lemah dalam gerakan motor kasar dak halus
  • Kesihatan mudah terganggu-pening kepala, asma, 
8. Pengamatan
  • Tidak boleh mengenal bentuk
  • Lemah dalam pendengaran bunyi
  • Keliru terhadap konsep ruang dan arah
  • Lambat dalam mengkelaskan benda
  • Kesukaran dalam mengaitkan pelajaran
  • Tidak dapat membuat kerja kreatif
  • Lemah daya pemikiran

FAKTOR PENYEBAB
  1. Faktor Neurologikal
  • Berkait dengan keadaan bayi dan ibunya semasa melahirkan dan mengandung. Biasanya kanak-kanak hiperaktif ini dikaitkan dengan masalah bayi semasa lahir sama ada bayi lahir tidak cukup berat badan, proses kelahiran yang lama, keadaan ibu yang mempunyai masalah untuk bersalin, Ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung dan sebagainya.  Ia juga dikaitkan dengan keadaan ibu yang mengambil alkohol dan merokok semasa mengandung. Perkara tersebut boleh menyebabkan anak-anak mereka cenderung mendapat hiperaktif.
2.  Genetik.
  • Tidak boleh lari daripada kaitan ibu atau bapa bayi tersebut. Kajian mendapati kanak-kanak yang mendapat hiperaktif adalah daripada anak-anak yang ibu atau bapa mereka mempunyai sejarah semasa kecil pengidap hiperaktif. Hal ini tidak mustahil mereka akan menurunkan sifat hiperaktif kepada anak-anak mereka kelak. Ia juga mempunyai kaitan dengan gangguan darah kepada bayi tersebut. Walaupun ibu atau bapa mereka tidak mempunyai ahli keluarga pengidap hiperaktif, namun anak-anak mereka cenderung mendapat hiperaktif kerana berlaku gangguan darah.
3. Faktor pemakanan
  • Biasannya kanak-kanak hiperaktif dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan daripada kapasiti akan menyebabkan berlakunya tindak balas atau ransangan otak ke otot dan fungsi badan. Bahan kimia yang terdapat dalam makanan yang menjadikan seseorang itu hiperaktif contohnya bahan pengawet, pewarna dan gula tiruan tersebut yang akan membentuk perilaku hiperaktif  kanak-kanak  kerana peningkatan tahap zat besi dalam serum darah.
4. Faktor persekitaran
  • Mempunyai kaitan dengan ahli keluarga kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak akan mudah menerima pengaruh adik beradik yang lain semasa di rumah. Mereka cenderung meniru aksi atau perlakuan abang dan kakak mereka. Di sekolah pula mereka suka meniru gaya-gaya rakan-rakan mereka tanpa memikirkan kesan atau baik buruknya perlakuan tersebut. Kanak-kanak juga cenderung meniru gaya-gaya di television. Hal ini kerana mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka.
Rawatan
  • Ubat-ubatan
  • Peranan ibubapa
  • Intervensi tingkah laku
  • pembelajaran

Tokoh yang mengalami masalah hiperaktif yang telah berjaya ialah 

THOMAS EDISON

ALEXANDER GRAHAM BELL




CHRISTOPER COLOMBUS