t>

Selamat datang

soalan-soalan pendidikan khas


Soalan 1 

Bincangkan ciri-ciri masalah pembelajaran 

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak masalah bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostic dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran ialah: 

  Ciri kanak-kanak masalah pembelajaran ialah dari segi fizikal ialah bentuk badan dan koordinasi moto kanak-kanak ini tidak mempunyai terlalu banyak perbezaan dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organic adalah lebih besar bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  Ciri-ciri lain bagi kanak-kanak masalah pembelajaran ialah dari segi intelek. Ciri-ciri dari segi intelek ialah terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contoh, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan membentuk perkara yang melibatkan kekreatifan. Kesediaan belajar dan keupayaan untuk menerima pelajaran bagi kanak-kanak masalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
  Ciri yang terakhir ialah ciri kanak-kanak masalah pembelajaran dari segi social dan peribadi. Ciri social dan peribadi adalah mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.







Soalan 2
Nyatakan dan jelaskan secara ringkas sebab kanak-kanak masalah pembelajaran.
Sebab-sebab kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran adalah :
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran. 

1. Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandungi mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

2.  Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

3. Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

4. Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. 
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.


Soalan 3
kuiz perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran 
 rujukan: Individuals With Disabilities Educational Act (IDEA) menggunakan isrtilah emotional disturbance atau gangguan emosi berdasarkan lima kriteria utama.Istilah ini bermaksud keadaan yang menunjukkan satu atau lebih ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhi pencapaian akademik.Jelaskan kelima-lima kriteria utama tersebut.
Menurut IDEA gangguan emosi adalah satu keadaan yang mempamerkan satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut dalam tempoh masa yang panjang dan ke tahap yang ketara yang menjejaskan prestasi pendidikan kanak-kanak tersebut.Antara kriteria yang utama ialah
(1)Suatu ketidakupayaan untuk belajar  tidak boleh dijelaskan oleh faktor intelek, deria, atau kesihatan
Menurut IDEA kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi tidak boleh dijelaskan oleh factor intelek,deria ataupun kesihatan kerana gangguan emosi ini boleh terjadi secara tiba-tiba kepada seorang kanak-kanak akibat daripada persekitarannya.Oleh itu,semua kanak-kanak masalah pembelajaran boleh mempunyai gangguan emosi.

(2) Suatu ketidakupayaan untuk membina atau mengekalkan hubungan interpersonal yang memuaskan dengan rakan-rakan dan guru-guru.
Kanak-kanak yang mempunyai gangguan emosi mereka tidak berupaya untuk menjalinkan dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan orang sekeliling.Kanak-kanak ini biasanya suka bersikap berdiam diri dan menjauhkan diri daripada masyarakat.


(3) Jenis tingkah laku atau perasaan di bawah keadaan biasa tidak sesuai.
Kanak-kanak yang mempunyai gangguan emosi biasanya menunjukkan tingkah laku yang luar biasa.Antaranya terlibat dalam gejala sosial samaada dirumah ataupun di sekolah.Tingkah laku yang mereka lakukan kadang kala boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri.

(4)  Mempunyai mood  kesedihan atau kemurungan yang melampau.
Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaanya mempunyai mood kesedihan atau kemurungan yang melampau berbeza dengan kanak-kanak normal.Mereka tidak dapat mengawal/mengawal perasaan atau mood ini dengan baik.

(5)  kecenderungan untuk melakukan gejala fizikal atau kebimbangan dikaitkan dengan masalah peribadi atau sekolah.
Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan emosi biasanya mempunyai masalah disiplin disiplin.Mereka biasanya mempunyai tingkah laku akaibat tidak dapat mengawal gangguan emosi mereka.Mereka menunjukkan tingkah laku yang tidak baik kerana ia adalah salah satu cara untuk mereka mengurangkan tekanan emosi yang mereka hadapi.


 Soalan 4
Pengertian Aphasia
Pengertian aphasia mempunyai pendapat yang berbeza-beza daripada orang yang berbeza. Pertama sekali Wood (1971) mengatakan bahawa aphasia merupakan "partial or complete loss of ability to speak or to comprehend the spoken word due to injury, disease. Or maldevelopment of brain. "(Kehilangan keupayaan untuk bercakap atau untuk memahami sebahagian atau keseluruhan dari yang diucapkan oleh orang lain, yang diakibatkan kerana adanya gangguan pada otak).
Kedua ialah Wiig dan Semel (1984) bahawa Aphasia as involving those who have acquired a language disorder because of brain damage resulting in impairment of language comprehension formulation, and use. (Mereka yang mempunyai gangguan pada perolehan bahasa yang disebabkan kerana kerosakan otak yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam memformulasikan pemahaman bahasa dan pengguanaan bahasa).

Jadi pengertian aphasia secara umum berkaitan dengan gangguan pada otak dan juga kecederaan pada otak. Selanjutnya sekarang ini banyak perbezaan dari jenis-jenis aphasia atau keadaan-keadaan yang dikaitkan dengan aphasia seperti agnosia, paraphasia dan dysprosody. Gangguan bahasa aphasia dikumpulkan kepada masalah secara terbuka dan ekspresif.

Aphasia boleh dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Istilah perkembangan aphasia secara luas digunakan kepada anak-anak walaupun sudah lama sekali berkaitan dengan masalah kerosakan otak. Aphasia pada kanak-kanak sering bermula dengan menggunakan kata pada umur 2 tahun atau lebih dan pada usia 4 th. Hubungan antara aphasia dan kelainan pada otak pada kanak-kanak secara terus menerus menarik perhatian para penyelidik, dengan menghasilkan beberapa bukti yang berkaitan. Sebagai contoh, Geschwind (1968) mencari perbezaan yang bererti dalam ukuran auditory cortex lapisan luar otak) pada pesakit aphasic antara hemisphere kiri dan kanan. Akan tetapi bukti yang jelas tentang saraf mana yang mengalami gangguan, fakta itu sukar untuk diperolehi. Seperti penemuan-penemuan yang telah dilakukan akan diteruskan oleh para penyelidik melakukan eksplorasi susunan syarap pesakit aphasia anak-anak. Walaupun antara teori dan andaian, arah dan tujuan membuktikan fakta-fakta yang berkaitan dengan dengan disfungsi saraf khusus untuk aphasia sangat sukar untuk diperoleh.

Makna lain yang disebut tentang Aphasia orang dewasa banyak yang mendefinisikan secara berbeza. Eisenson (1971) menyarankan bahawa perjanjian berlaku antara para ahli dengan cara lebih baik mengenal pasti gejala-gejala suatu individu yang aphasia dari pada dengan hanya mendefinisikannya atau tentang esensi aphasianya. Menurut Eisnson (1971) mengemukakan hasil pemerhatian dari individu yang menderita aphasia:

1. Ada beberapa tingkatan dalam kesulitannya, seseorang dikatakan aphasia iaitu menunjukkkan ketidak mampuan untuk menerima rangkaian bahasa lisan sebagai out put. Gangguan ini sering disebut sebagai gangguan span memory atau span attention. Gangguan ini (siri output dimanifestasikan dalam gangguan memformulasikan secara sintaksis).

2. Kesulitan aphasia secara umum dinyatakan dalam kurangnya kemampuan dalam memformulasikan bahasa yang dapat difahami atau menghasilkan dalam jenis dan cara yang konsisten dengan situasi (dikaitkan dengan formulasi bahasa). Pada umumnya, kurang mampu untuk bertindak balas yang lebih intelektual dan abstrak terhadap situasi yang berlaku.

 

5. Berikan definisi masalah bahasa mengikut Martin D. & Miller C (1996).
Menurut Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen utama bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan juga pragmatik.
Fonologi adalah sistem bunyi sesuatu bahasa. Di dalam sistem Bahasa Inggeris, terdapat lebih kurang 45 unit bunyi bahasa, manakala di dalam Bahasa Melayu pula terdapat kurang dari 45 unit. Ini kerana di dalam Bahasa Melayu baku terdapat hanya 6 bunyi vokal dan bunyi vokal ini dikenali sebagai fonem. Fonem didefinisikan sebagai unit terkecil bunyi bahasa yang membawa perbezaan kepada makna. Sebagai contoh, perkataan ‘satu’ yang membawa makna tertentu. Jika huruf /u/ ditukar kepada huruf /e/, ianya membawa maksud berlainan.
Morfologi pula ialah sistem peraturan yang mempengaruhi struktur perkataan dan pembinaan bentuk bahasa. Sebagai contoh, perkataan keretaapi yang membawa maksud tertentu. Jika ianya dipecahkan kepada dua perkataan iaitu kereta dan api, ianya membawa maksud perkataan yang lain. Namun, jika perkataan seperti jururawat, jika dipecahkan kepada juru dan rawat, perkataan juru itu tidak memberi apa-apa makna. Ini bermaksud perkataan jururawat tidak dapat dipisahkan kepada unit-unit terkecil yang dipanggil morfem. Morfem ditakrifkan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis pula didefinisikan sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi urutan atau kombinasi perkataan untuk membina ayat. Contohnya, sintaksis ialah kajian mengenai struktur ayat yang boleh dibina berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada sesuatu sistem bahasa. Dengan ringkasnya, ia menentukan susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
Semantik pula bermaksud peraturan-peraturan yang yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan. Peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih di dalam sesuatu ayat supaya ianya menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.
Yang terakhir iaitu pragmatik pula boleh didefinisi sebagai peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna di dalam konteks sosial, iaitu semasa berinteraksi atau perbualan. Ianya melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Peraturan pragmatik merangkumi memberi respon yang releven terhadap sesuatu topik, memberi maklumat yang wajar dari segi kuantiti dan kualiti serta cara menyampai maklumat dengan berkesan. Unsur-unsur penting dalam kemahiran pragmatik juga melibatkan kebolehan dalam aspek-aspek seperti mengambil giliran, mengurus topik perbualan, meminta dan memberi penjelasan semasa terdapat gangguan komunikasi, penggunaan mimik muka, body language, gestur tangan dan lain-lain aspek non-verba. Kekurangan dalam penguasaan pragmatik akan menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi.


SOALAN (5)
Berikan definisi masalah bahasa mengikut Martin D. & Miller C (1996).
Menurut Martin dan Miller (1996), masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen utama bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan juga pragmatik
.
Fonologi adalah sistem bunyi sesuatu bahasa. Di dalam sistem Bahasa Inggeris, terdapat lebih kurang 45 unit bunyi bahasa, manakala di dalam Bahasa Melayu pula terdapat kurang dari 45 unit. Ini kerana di dalam Bahasa Melayu baku terdapat hanya 6 bunyi vokal dan bunyi vokal ini dikenali sebagai fonem. Fonem didefinisikan sebagai unit terkecil bunyi bahasa yang membawa perbezaan kepada makna. Sebagai contoh, perkataan ‘satu’ yang membawa makna tertentu. Jika huruf /u/ ditukar kepada huruf /e/, ianya membawa maksud berlainan.
Morfologi pula ialah sistem peraturan yang mempengaruhi struktur perkataan dan pembinaan bentuk bahasa. Sebagai contoh, perkataan keretaapi yang membawa maksud tertentu. Jika ianya dipecahkan kepada dua perkataan iaitu kereta dan api, ianya membawa maksud perkataan yang lain. Namun, jika perkataan seperti jururawat, jika dipecahkan kepada juru dan rawat, perkataan juru itu tidak memberi apa-apa makna. Ini bermaksud perkataan jururawat tidak dapat dipisahkan kepada unit-unit terkecil yang dipanggil morfem. Morfem ditakrifkan sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis pula didefinisikan sebagai sistem peraturan linguistik yang mempengaruhi urutan atau kombinasi perkataan untuk membina ayat. Contohnya, sintaksis ialah kajian mengenai struktur ayat yang boleh dibina berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada sesuatu sistem bahasa. Dengan ringkasnya, ia menentukan susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
Semantik pula bermaksud peraturan-peraturan yang yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkataan. Peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih di dalam sesuatu ayat supaya ianya menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. 
Yang terakhir iaitu pragmatik pula boleh didefinisi sebagai peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna di dalam konteks sosial, iaitu semasa berinteraksi atau perbualan. Ianya melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Peraturan pragmatik merangkumi memberi respon yang releven terhadap sesuatu topik, memberi maklumat yang wajar dari segi kuantiti dan kualiti serta cara menyampai maklumat dengan berkesan. Unsur-unsur penting dalam kemahiran pragmatik juga melibatkan kebolehan dalam aspek-aspek seperti mengambil giliran, mengurus topik perbualan, meminta dan memberi penjelasan semasa terdapat gangguan komunikasi, penggunaan mimik muka, body language, gestur tangan dan lain-lain aspek non-verba. Kekurangan dalam penguasaan pragmatik akan menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi.


SOALAN 6
6.1 APAKAH UJIAN PENGAMATAN

Objektif ujian pengamatan

Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam:

1.Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2.Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

3.Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4.Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5.Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6.Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


Komponen Ujian Pengamatan

1-Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3. Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4. Diskriminasi kedudukan (Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5.Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
6. Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.
7. Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.
8. Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.
9. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
10. Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN 
Definisi, Tujuan, Rasional, Objektif & Tujuan Perlaksanaan

Definisi
Ujian Pengamatan merupakab satu alat pengukuran yang membolehkan guru pendidikan khas mengesan dan mengetahui punca serta kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid dari segi pengamatannya.

Tujuan Ujian Diagnostik Pengamatan
Antara  tujuan-tujuan Ujian Diagnostik Pengamatan  ialah :
1. Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
2. Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang telah dijalankan .
3. Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Membolehkan guru merancang dan membina program serta bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan dan keupayaan murid.

Rasional Ujian Diagnostik Pengamatan

Ujian diagnostic pengamatan ini lebih menjurus kepada proses awal pembelajaran kanak-kanak, di mana kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru, ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. 

Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan

            Ujian Diagnostik Pengamatan amat berguna kepada pelajar yang kurang bernasib baik dari segi kemahiran-kemahiran yang menggunakan anggota badan seperti penglihatan dan pendengaran. Terdapat beberapa objektif kasar yang dapat kita lihat daripada penggunaan ujian ini.

Antaranya ialah mengecam orientasi kedudukan, persamaan, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Mengecam adalah kemahiran yang mula-mula perlu pelajar kuasai. Pengecaman dengan menggunakan deria badan seperti mata dan telinga dapat dilakukan dengan sempurna jika ia dilakukan dengan baik dengan menggunakan cara yang betul.

Selain itu, ujian ini juga bertujuan untuk memberikan murid-murid keupayaan untuk menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Selepas murid-murid dapat mengecam sesuatu benda yang diuji, mereka perlu menentukan setiap permasalahan yang mereka hadapi dengan menggunakan kebolehan deria mereka sendiri. Dengan bantuan yang sedikit diberikan, mereka akhirnya dapat menguasai kebolehan ini.

Ujian ini juga dilakukan untuk melatih murid-murid mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan. Kemahiran tersebut dapat mereka gunakan ke atas beberapa aspek yang penting seperti melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Ujian yang dilakukan mengikut kemahiran dan aras kebolehan dapat mengukuhkan dan mengembangkan kebolehan mereka.

Di samping itu, murid dapat meyelaras pergerakan motor dan tangan. Kemahiran yang mengkhususkan pergerakan dari kiri ke kanan, dan dari bawah ke atas dapat membaikipulih kelemahan yang telah dilakukan murid di mana ada di antara mereka yang tidak dapat mengimbangkan pergerakan motor, terutamanya motor halus.

Murid-murid juga dapat memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan. Sebagai contoh, kemahiran penglihatan. Gambar berurutan seperti gambar bersiri dan kekekalan gambar dapat dikuasai dan dijawab jika mereka sentiasa dilatih dan menggunakan kebolehan yang ada dengan baik.

Akhir sekali, murid dapat memahami dan berupaya untuk mencari jalan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ujian ini amatlah susah bagi mereka yang gagal dalam  menguasai kemahiran kasar. Bagi mereka yang berkebolehan, mereka akan mencari jalan untuk meyelesaikannya. Terlebih dahulu, mereka perlu memahami apa kehendak soalan dan aktiviti yang dijalankan ke atas mereka.

Tujuan Pelaksanaan
Antara tujuan-tujuan pelaksanaan Ujian Pengamatan yang pertama ialah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan serta kecekapan saraf-saraf pelajar tersebut. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Arahan yang diberikan perlulah ringkas, mudah difahami dan mudah diterima oleh pelajar tersebut


6.2 Kepentingan Ujian pengamatan terhadap pelajar masalah pembelajaran.

            Ujian pengamatan amat penting bagi mengesan pelajar pelajar bermasalah pembelajaran. Kepentingan ujian pengamatan tersebut adalah dapat mengumpul maklumat berkaitan dengan penempatan. Melalui hasil pengumpulan maklumat yang diperoleh akan membantu proses penempatan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan. Hal ini kerana kanak-kanak ini berbeza berbanding dengan kanak-kanak lain. Oleh itu, mereka perlu diasingkan dari segi program pengajaran, pendekatan,bahan pengajaran, persekitaran dan lain-lain lagi. Melalui maklumat daripada ujian pengamatan ini dapat membantu guru menyediakan atau menyelaras system pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak. Penyelarasan system pengajaran tersebut juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
Kepentingan yang seterusnya adalah guru dapat membuat laporan kepada ibu bapa dan juga pakar kesihatan. Melalui hasil ujian pengamatan yang telah dijalankan, Ibu bapa akan dapat menjadikan maklumat yang diperoleh sebagai rujukan.Ibu bapa juga akan dididedahkan dengan kaedah yang sesuai untuk kanak-kanak itu dan mereka jug atahu  apakah aspek yang perlu diberi penekanan untuk mengatasi ketidakupayaan anak-anak mereka. Jadi ini dapat membantu ibubapa dalam memberi pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Pakar-pakar kesihatan pula akan memantau kanak-kanak tersebut dari semasa ke semasa dan memberikan  maklumat tentang sebarang perubahan kanak-kanak tersebut mengikut ketidakupayaan mereka
Seterusnya melalui ujian pengamatan juga Ibubapa atau pihak-pihak yang terlibat dapat membuat pengesanan awal terhadap ketidakupayaan anak-anak mereka. Melalui penilaian awal ini, ia dapat menentukan kanak-kanak yang memerlukan didikan tambahan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah yang lebih serius pada masa hadapan sekiranya tidak mendapat sebarang pemerhatian. Jadi masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dapat diatasi dan dapat mengelakkan masalah yang lebih teruk daripada berlaku.Ibubapa juga dapat menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka dalam membuat rawatan yang khusus untuk anak-anak mereka.

Kepentingan ujian pengamatan juga adalah dapat menyediakan rancangan berdasarkan keperluan pelajar tersebut. Dalam hal ini, maklumat yang akan diperolehi digunakan dalam empat cara iaitu sebelum kanak-kanak tersebut berada di kelas pemulihan khas, maklumat tersebut membantu guru biasa dalam pengajaran yang terbaik untuk mengajar mereka. Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk menyediakan alat bantu mengajar dan tahu setiap kelebihan dan kekurangan pelajar itu sendiri. Seterusnya adalah Prosedur penilaian dapat membantu dalam menjangka teknik pengajaran yang efektif dalam proses pengajaran.  Ketiga adalah dalam  menentukan  program dan strategi yang sesuai, penilaian ini akan dapat menyediakan maklumat rujukan yang lebih formal dan benar. Akhir sekali adalah maklumat  ini  dapat  dihimpunkan secara individu kepada pelajar yangbenar-benar layak dimasukkan kedalam kelas pemulihan khas.

Kepentingan yang akhir sekali adalah kenalpasti tahap perkembangan semasa dan pendidikan yang diperlukan. Hal ini kerana penilaian ini melibatkan tahap perkembangan semasa kanak-kanak pemulihan khas melibatkan pra akademik, akademik atau teknik sosial. Dengan menggunakan maklumat ini,guru atau penilai akan dapat memaklumkan subjek dan teknik yang bersesuaian yang diperlukan para pelajar. Maklumat yang diperolehi ini juga meliputi kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu. Kesannya guru dapat mengesan kelemahan dan kebaikan  para pelajar tersebut mengikut keupayaan mereka. Jadi guru boleh menyediakan Rancangan Pengajaran Individu dengan lebih baik dan mudah.

6.3 Bagaimana membina senarai semak ujian pengamatan dan instrumanya
Pembinaan alat Ujian Pengamatan melibatkan tiga ujian iaitu ujian pengamatan penglihatan , ujian pengamatan pendengaran dan ujian pengamatan taktil dan kinestatik. Setiap ujian pengamatan tersebut mempunyai instrument yang berlainan dan mempunyai tujuan tertentu.
1.Instrumen Ujian Pengamatan Penglihatan iaitu yang melibatkan deria mata.


A. Diskriminasi
Aktiviti 1: Diskriminasi yang sama bertujuan
Kebolehan  murid mencari ciri- ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

Aktiviti 2 : Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama.
Kebolehan murid  mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek , bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

Aktiviti 3: Diskriminasi saiz.
Kebolehan murid  dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

Aktiviti 4: Diskriminasi kedudukan.
Kebolehan murid dalam membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. 
B. Ingat Kembali
Aspek ini melihat kepada kebolehan mengingat kembali apa yang diamati. Langkah – langkah adalah seperti berikut:
1.      Sediakan murid bahan maujud
2.      Minta murid menelitinya
3.      Tutup bahan tersebut
4.      Suruh murid menyebut kembali bahan tersebut
C. Menyudahkan atau melengkapkan
Kebolehan mengenal sesuatu nombor, benda ,objek, perkataan atau ayat
D. Rajah atau Latar Bertindih
Kebolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah

E. Ko-ordinasi mata tangan
Kebolehan menyelaras pergerakan motor dan tangan

F. Pertalian Jarak (ruang)
Kebolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiridan kanan secara hubungan antara satu objekdengan objek yang lain.


G. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam Rajah
Kebolehan menngetahui sesuatu bentuk,huruf atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknyadalam mana-mana keadaan

H. Gambar Bersiri
Kebolehan mengikuti cerita dari satu babak ke babak yang lain

I. Pembalikan
Kebolehan membezakan bentuk asal sesuatu huruf, bentuk, nombor, perkataan dan gambar
J. Mazing atau mencari jalan keluar
Kebolehan menyelesaikan masalah

K. Benda Tersembunyi
Kebolehan menyelesaikan masalah secara abstrak

L. Turutan
Kebolehan mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan huruf-huruf dalam perkataan , menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri dan  sebagainya.





2. Instrumen Ujian Pengamatan Pendengaran
Aktiviti 1: Mengecam bunyi
Langkah-langkah:
1. Murid diperdengarkan beberapa bunyi iaitu nama abjad (b, d, x, s) dan bunyi haiwan (burung, lembu, kucing, ayam) dengan bantuan audio.
2. Murid akan menunjukkan gambar berdasarkan objek/ gambar/ abjad yang didengar
Aktiviti 2: Diskriminasi dan mengingat bunyi
Langkah-langkah:
1. Murid akan mendengar beberapa nama objek yang mempunyai bunyi yang hampir sama (kelapa & kepala, kopi & topi).
2. Murid akan mengenal pasti nama objek yang didengar dan menunjukkan dengan jari gambar objek yang didengar pada helaian bergambar yangdisediakan oleh guru.


Aktiviti 3: Mengajuk Bunyi
Langkah-langkah:
1. Murid akan diperdengarkan bunyi seperti sa, pi, topi dan basikal.
2. Murid akan mengajuk semula bunyi yang didengarnya.
Aktiviti 4: Mengecam Arah Bunyi
Langkah-langkah:
1. Murid akan berdiri di tengah-tengah kelas dengan mata yang tertutup.
2. Guru akan memperdengarkan bunyi dari arah hadapan murid.
3. Murid akan ditanya dari mana arah bunyi itu diperdengarkan.
4. Langkah 2 dan 3 diulang dengan meletakkan sumber bunyi dari arah kiri,kanan dan belakang murid.
Aktiviti 5: Mengecam Jarak Bunyi
Langkah-langkah:
1. Murid akan berdiri di tengah-tengah kelas dengan mata yang tertutup.
2. Guru akan memperdengarkan tiga bunyi yang telah dirakam dengan jarak yang berbeza jauhnya antara alat perakam dan sumber bunyi.
3. Murid akan mengenalpasti bunyi yang dirakam dengan jarak yang dekat,sederhana jauh dan paling jauh
3. Ujian Pengamatan Taktikal dan Kinestatik
Ujian pengamatan ini juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Pengamatan kinestatik  melibatkan koordinasi pergerakan tubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala ujian taktikal melibatkan deria rasa, sentuhan, dan bau.
Contoh Insrumen Ujian pengamatan taktikal :
Aktiviti :Mengesan nama objek melalui deria sentuhan


Nama Pelajar



1
Syiling 50 sen



2
Syiling 20 sen



3
Pen maker



4
Pen



5
Pensel




Contoh Instrumen Ujian pengamatan kinestatik pula ialah :
Aktiviti 1: Penggunaan motor kasar


Nama Murid



01
Melompat (3 kali)



02
Berjalan di atas garis lurus(8 meter)



03
Berdiri atas satu kaki (8 saat)



04
Melompat sambil tangan diangkat ke hadapan(8 meter)



05
Berdiri di atas kaki dengan tangan mendepa dan mata ditutup(8 saat)










Aktiviti 2: Penggunaan motor halus

Nama Pelajar



1
Menyalin huruf di udara



2
Menyalin huruf di atas meja



3
Menyalin bentuk di atas lembaran kerja
















Rujukan
Modul Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi)
pendidikan kanak-kanak berkkeperluan khas:konsep dan amalan
pengenalan kepada pendidikan khas



No comments:

Post a Comment