t>

Selamat datang

Saturday 1 December 2012

terencat akal

 Tahukah anda apa itu kerencatan akal...senestinya ia tidak asing lagi dalam hidup anda.??? Jom mengetahui info dengan lebih lanjut..

Kerencatan akal ini boleh dikatogerikan sebagai murid-murid yang mengalami daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikuti sesi pembelajaran yang dijalankan di sekolah.

Definisi
Kecacatan akal merupakan kecacatan umum yang biasanya di kenalpasti bedasarkan ketidakfungsian kognitif yang sering terganggu dan menunujukkan tingkah laku yang tidak bersesuaian dengan manusia normal pada individu di bawah usia 18 tahun. Mereka biasanya mempunyai tahap IQ yang rendah dan perkembangan mereka terbantut daripada beberapa aspek perkembangan seperti aspek kognitif, emosi, psikomotor dan juga komunikasi.


Evan (1983) telah mendefinisikan terencat akal merupakan mereka yang mengalami kerencatan mental tidak dapat belajar secepat orang yang normal. Mereka juga mempunyai masalah mental terencat tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal. Disamping itu, mereka juga mengalami kerencatan mental lazimnya tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan daripada sesuatu situasi kepada situasi yang lain. 

AAMR(America Association on mental retardation telah mendefinisikan terencat akal sebagai kefungsian intelektual yang tidak selari dengan tingkah laku yang adaptif yang merupakan sebuah organisasi tertua dan terbesar di dunia yang terdiri daripada ahli profesional dalam bidang kerencatan akal.



Mengenal pasti murid-murid kerencatan akal
  1. Kefungsian intelektual
  • Di bawah paras normal
  • Untuk menentukan, ujian kecerdasan lazimnya digunakan . Berdasarkan ujian ini , skor kecerdasan akan diperolehi.
  • Soalan-soalan ujian IQ terdiri daripada soalan yang menguji penguasaan bahasa seperti kosa kata dan analogi, penyelesaian masalah, bentuk-bentuk dimensi, kebolehan memberi sebab, ingatan, kemahiran klasifikasi dan sebagainya.
  • Ujian IQ yang terkenal adalah Ujian Stanfort-binet dan ujian kecerdasan wechler.
  1. Tingkah laku adaptif
  • Ialah kebolehan seseorang murid kerencatan mental yang dikenalpasti melalui maklumat tentang tahap kebolehan mereka untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bergaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.
  • Tingkah laku yang terbatas semestinaya akan mengurangkan keupayaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan ersekitaran.
  • Greenspan(1997) tingkah adaptif adalah merangkumi kemahiran praktikal, kemahiran sosial dan kemahiran konseptual. Kemahiran praktikal merupakan kemahiran asas yang dilakukan setiap hari seperti makan, mamakai baju, menggunakan tandas, bergerak ke sana kemari dan sebagainya. 
kerencatan mental
kerencatan mental
Penyaringan dan pengujian diagnostik
  • Sebelum sesuatu program intervensi awal dilakukan, penaksiran sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilakukan( Gersten& Jordan 2005).
  • Penaksiran ialah proses mengumpul maklumat berkenaan seseorang murid yang bertujuan untuk membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan mereka. Melalui penaksiran yang teratur, keputusan-keputusan yang penting berkenaan strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat.
  • Penaksiran juga dilakukan  kerana untuk mengenalpasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau sekumpulan murid.
  • penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa.
  • Setelah masalah yang dihadapi dikenalpasti, guru akan membuat pengubahsuaian teknik pengajaran supaya bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.
  • Pengujian diagnostik merupakan satu proses pengesanan yang dijalankan oleh guru-guru sebagai langkag awal untuk mengesan dan mengenal pasti jenis ketidakupayaan yang dialami oleh seseorang murid pendidikan khas.
  • Hasil yang diperoleh akan dapat membantu guru-guru pendidikan khas mengetahui kelemahan dan kebolehan setiap murid terutama sekali murid yang berkeperluan khas.
  • Hasil yang guru itu dapat akan dijadikan penduan untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran  yang lebih sempurna dan khusus kepada murid dengan lebih tepat, sistematik, berkesan serta sesuai mengikut tahap kebolahan murid.
  • Seseorang guru juga perlu mengetahui bahawa pelaksanaan proses pengesanan bukanlah bertujuan untuk menilai peringkat pencapaian murid sahaja. Ia juga bertujuan untuk mengesan masalah-masalah yang dialamimurid berkeperluan khas di samping untuk mngesan masalah -masalah yang dialami murid berkenaan yang masih belum dapat dikuasai sesuatu kemahiran.
Punca-punca kerencatan mental
  1. Punca sebelum kelahiran bayi
  • Semasa dalam kandungan , timbul pelbagai masalah yang menjejaskan perkembangan seorang bayi itu, menyebabkan seseorang itu mengalami kerencatan mental apabila dilahirkan. Seperti sindrom down iaitu ketidaknormal pada kromosome 21, sindrom alkohol janin iaitu berpunca daripada ibu hamil yang mengamalkan sikap meminimumkan alkhohol yang berlebihan dan sindrom prader willi yang terjadi disebabkan berlakunya kemusnahan ataupun kerosakan pada sebahagian kromosome 15.
  • mikroorganisma juga penyumbang kepada masalah ini. terdapat pelbagai jenis mikroorganisme yang boleh mengancam perkembangan janin dan feutus.sebagai contoh semasa mengandung ibu dijangkit penyakit rubell.
2. Punca semasa kelahiran bayi
  • Proses kelahiran merupakan proses atau waktu yang paling kritikal. Bayi yang dilahirankan mungkin pramatang. Bayi ini mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami kerencatan mental. Usia janin sangat penting kerana ia akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang juga sedang dalam proses perkembangan.
  • Seterusnya ialah penyakit herpes simpleks iaitu sejenis penyakit yang berjangkit melalui perhubungan seks. Ibu yang mengidap herpes simpleks berkemungkinan besar akan melahirkan bayi kerencatan mental.
3. Punca selepas kelahiran bayi
  • Individu yang dilahirkan normal juga berkemungkinan mengalami kerencatan mental.
  • Penyakit yang boleh menyerang seseorang semasa proses tumbesaran adalah ensefalitis dan meningitis.Ensefalitis merupakan virus yang yan menyerang otak dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerencatan mental.Ia merupakan virus yang dibawa oleh nyamuk, haiwan.
  • Meningitis pula ialah disebabkan virus dan bakteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang .
  • Persekitaran juga menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko untuk megalami masalah kerencatan mental. Murid yan tededah kepada logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui makanan atau melalui sistem pernafasan.
Langkah-langkah pencengahan
  1. Cara pemakanan
  • Ibu yang hamil digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang supaya tidak menjejaskan kesihatan janin dalam kendungan.
  • Ibu juga tidak sepatutnya minum minuman beralkohol, menghisap rokok dan mengambil dadah.
  • Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan yang salah alan memberi kesan yang negatif kepada janin dalam kendungan mereka

  • 2. Pendedahan pendidikan 
  • Ibubapa dinasihatkan memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka mengenai pelbagai faktor yang berisiko menyebabkan berlakunya kecacatan kepada bayi dalam kandungan atau selepas bayi dilahirkan.
  • Anak-anak juga digalakkan membaca pada usia yang muda supaya tabiat itu akan berterusan hingga mereka dewasa.
3. Kaunseling genetik
  • Melakukan pemeriksaan genetik terhadap mereka yang mengalami masalah genetik dan mengadakan kaunseling genetik untuk keluarga yang mempunyai risiko untuk mengelakkan daripada mendapat anak yang kurang upaya.
Kaedah mengajar murid yang mengalami kerencatan mental
  1. Analisis tugasan
  • sesuatu kemahiran yang perlu diajar hendaklah jelas dan dirancang dengan terperinci serta dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.
  • Bahagian kecil tersebut perlu disusun mengiku urutan yang mudah agar ia membantu meningkatkan kefahaman murid-murid tersebut
  • Haruslah dilakukan untuk memastikan sama ada sesuatu bahagian kecil itu telah dikuasa atau tidak.
  • Sekiranya penilaian tidak dapat dilakukan maka kesilapan yang telah dibuat oleh pelajar tidak dapat diperbertulkan.
2. Penilaian
  • Ini adalah melihat kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darah itu sendiri.
  • Contohnya guru boleh melihat kepada bilangan perkataan yang dapat disebut, bilangan masalah matematik yang berjaya diselesaikan dan bilangan ayat yang berjaya ditulis oleh murid tersebut.







1 comment:

  1. assalamualaikum
    saya pelajar UiTM sedang membuat kajian mengenai kanak-kanak terancat. saya terbaca blog ini dan ingin bertanya mengenai bahan bacaan yang saudari gunakan dalam penulisan diatas ..

    ReplyDelete