Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku. Ini merupakan ciri-ciri umum pelajar bermasalah pembelajaran.
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaanya lemah dalam penguasaan pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran biasanya menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetauan yang sedia dengan yang pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetauan tersebut dalam situasi pembelajaran.
Ciri Akademik
Ciri akedemik ini berlaku dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar bermasalah pelajaran mengadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang telah dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah Disleksia.
Selain membaca, pelajar ini juga menghadapi masalah dalam kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat( sintak) dan pragmatik. Pelajar yang llemah dalam lisan akan gagal dalam memahami perkataan yang disampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah menulis dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran juga berlaku iaitu kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa dengan betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Hal ini secara umumnnya, pelajar bermasalah pembelajaran ini lemah dalam kemahiran menulis berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal. Namun, kemairan menulis pelajar ini boleh dibaiki jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Pelajar masalah pembelajaran juga menghadapi masalah dalam matematik. Masalah ini juga boleh diistilahkan sebagai diskalkulia yang meruk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik atau pengiraan. Pelajar ini bermasalah dalam tidak dapat meguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan mengukur seperti saiz, wang, jarak atau cecair.
Ciri Sosial dan Emosi
Memahami aspek sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran amat penting. Pelajar bermasalah pembelajaran biasanya mempunyai kemahiran sosial yang lemah. Hal ini menjadikan mereka sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka juga kurang mempunyai kawan-kawan dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk megetahui cara untuk menjalankan komunikasi yang berkesan serta menjalinkan hubungan antara satu sama lain. Akibatnya kenyakinan diri mereka akan rendah disebabkan kekecewaan usaha mereka untuk berinteraksi kurang berjaya. Adakalanya sikap mereka yang agresif dan selalu bertingkah laku negatif menyebabkan mereka dipulaukan.
Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakkan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan mereka hanya menggangap mereka hanya bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam peperiksaan mereka menganggap diri mereka bisu( dumb). Keadaan ini menunjukan betapa lemahnya motivasi mereka.
Tingkah laku yang dimaksudkan adalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan den banyak lagi. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan menganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh menganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.