t>

Selamat datang

Sunday 28 October 2012

Definisi


pelajar pendidikan khas
Definisi Pendidikan khas

   Pendidikan khas merupakan satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan khas murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik  untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992), pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.


Definisi masalah pembelajaran

 Garciulo (2003) menyatakan masalah pembelajaran sebagai "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. Thesedifferences may be due to significantphysical, sensory, cognitive, or behavioralcharacteristics. Many of these childrenmay require educational programscustomized to their unique needs."

Jabatan Pendidikan Khas,KPM pula mendefinisikan mrid bermasalah pembelajaran sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif yang boleh dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat daripada pendidikan formal.

Pendidikan khas bermasalah pembelajaran pula ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang mengalami masalah daripada aspek sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad.

     Katogeri kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas adalah sindrom down, Autisme, Hiperaktif, kerencatan mental minima dan kurang upaya dalam pembelajaran 

Individual With Disabilities Education Act (IDEA), 1997.

      
    Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang mengalami masalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya ata ekonomi.

The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990


    Masalah pembelajaran sebagai satu kumpulan yang masalah pelbagai yang mmengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat  keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada semua peringkat umur. Masalah mengawal tingkah laku , persepsi dan interakksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Kesimpulanya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran di sebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
 



Kurikulum murid bermasalah pembelajaran

  Kurikulum yang digunakan adalah mengikut kemampuan murid tersebut dan bukan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti murid-murid yang normal atau aliran perdana. Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran. Model kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran digubal berdasarkan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan di aliran perdana. perancangan dan pengubahan kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengambil kira pelbagai keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, peraturan-peraturan pendidikan (Bahagian Pendidikan khas). Program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Bahagian Pendidikan Khas )yang menyatakan bahawa"guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan akktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi tujuan dan matlamat pendidikan khas" (Jabatan Pendidikan khas ,1997). Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yan tidak terikat. Hal ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan murid yang berbeza berpandukan pada pemulihan pengalaman pembelajaran melalui bidang-bidang khas.




No comments:

Post a Comment