Murid-murid bermasalah pembelajaran (sindrom down)
Definisi
Sindrom down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan genetik dan tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Ia juga terjadi kerana kehadiran satu kromosome yang berlebihan dalam sel badan iaitu ketidaknormalan pada pasangan kromosome 21.
Punca-punca sindrom down
- Ketidaknormalan genetik
- Biasanya berlaku pada kromosome yang ke 21. Hal ini adalah disebabkan oleh proses pembahagian sel yang tidak sempurna dan menyebabkan berlakunya lebihan sel. Segolongan besar kes sindrom down bukan disebabkan faktor keturunan kecuali jika punca itu disebabkan masalah duplikasi sel.
- Faktor persekitaran seperti umur ibu semasa hamil dan pengambilan baranga terlarang seperti dadah, alkohol dan terdedah kepada sinaran x-tray juga menyebabkan seseorang bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami sindrom down. Umur ibu semasa hamil memberi kesan yang sangat tinggi kepada bayi. Bagi ibu yang berusia 15-24 tahun risikonya 1:1300, pada umur ibu 40 tahun usianya risikonya sangat tinggi untuk mendapat anak sindrom down iaitu pada kadar 1:25 bagi setiap kelahiran.
- Trasomi 21
- Disebabkan oleh kegagalan mioisis iaitu kegagalan gamet yang dihasilkan dengan tambahan salinan pada kromosome 21, maka gamet akan menjadi 24 kromosome. Apabila bergabung dengan gamet normal daripada pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosome dengan 3x salinan kromosome 21.
- Trisomi 21 biasanya berlaku sebelum kehamilan dan akan menyebabkan kesemua sel dalam janin tersebut terjejas. Walaubagaimanapun apabila sesetengah sel dalam tubuh adalah normal dan sesetengah sel trisomi 21 ia dikenali sebagai sindrom mozaik (46, XX/47, XX,+21) dan ia boleh berlaku dalam dua cara iaitu kegagalan diawal pembahagian sel pada embrio normal yang mendorong pada pecahan sel dengan trisomi 21. Kedua ialah apabila embrio sindrom down melalui kegagalan dan ketidaknormalan sesetengah sel pada embrio kembali pada aturan kromosome yang normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21 pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Dalam sindrom mozaik, ciri-ciri sindrom down tidak begitu katara pada wajah murid-murid dan mereka tidak mengalami kerosakan otak yang teruk.
- Terjadi tidak membabitkan lebihan kromosome tetapi unjuran lengan kromosome 21 melekat pada kromosome lain dan selalunya tranlokasi berlaku pada kromosome 4, 14, 20 dan 21. Ia berlaku pada 2 cara iaitu apabila kromosome 14 bercampur dengan kromosome 21. Kedua ialah translokasi yang berlaku apabila kromosome 21 bercampur dengan kromosome yang sama atau dengan dirinya sendiri. Jika ibu adalah pembawa risiko untuk mendapat anak sindrom down adalah 100% iaitu membabitkan semua kelahiran dalam keluarga. Sindrom down juga dirujuk sebagai syndrome down familiar. Dalam kes sindrom down yang telah dikaji 2%-3% berpnca daripada sindrom ini. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan usia ibu dan kemungkinan juga disebabkan bapa atau ibu.
- Mempunyai ciri yang sama antara satu sama lain
- mempunyai pangkal hidung yang kemik, lidah yang tebal dan kerap kali terjelir, saiz mulut yang kecil dan pertimbuhan gigi yang lambat serta tidak teratur.
- Mempunyai kepala yang agak kecil dan agak leper atau nipis di bahgian belakang.
- Muka yang rata dan kelihatan pipi agak tembam.
- Mata yang sepet dan jarak kedua-dua mata agak jauh
- Telinga yang agak kecil dan kedudukannya agak rendah dan berbeza dengan orang normal.
- Tapak tangan yang agak lebar dan hanya mempunyai satu jalur lipatan sahaja.
- Jari yang pendek
- Lengan yang agak pendek berbanding kanak-kanak yang normal.
- Jarak ibu jari kaki dengan ibu jari telunjuk kaki mereka juga agak jauh terpisah.
- Leher yang pendek dan besar serta mempunyai kelompak mata yang berlipat-lipat.
- Mengalami masalah otot yang lembik dan sendi yang longgar.
- Ketinggian badan yang rendah dan parut kelihahat menonjol keluar
Sindrom down |
Trisomi 21. |
- Mempunyai masalah dalam ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru diajar.
- Mempunyai masalah dala generalisasi dalam bidang akademik, tingkah laku dan interaksi sosial.
- Sekiranya mereka menghadapi masalah mereka tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri.
- Mempunyai motivasi yang rendah seperti tidak mahu menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan mudah berputus asa.