t>

Selamat datang

Sunday 18 November 2012

Masalah pembelajaran-Hiperaktif

Dalam bidang pendidikan khas masalah pembelajaran ini saya suka ingin memberi penekanan kepada masalah hiperaktif.

Hiperaktif

Definisi
Istilah yang digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Ia juga didefinisikan sebagai tingkah laku pelajar yang terlampau lasak, aktif, nakal, agreseif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan pelajar normal yang lain.

Ketogeri hiperaktif

  • Kurang Tumpuan
  • Hiperaktif
  • Impulsif

Ciri-Ciri Umum
  1. kurang tumpuan dalam kelas
  2. Bertindak secara spontan
  3. Sering tidak duduk diam
  4. Mempunyai masalah pembelajaran
  5. Degil dan sukar dikawal.
  6. Perbuatan dilakukan dengan pantas
  7. Perkembangan dilakukan dengan pantas
  8. Kurang bersabar
Aspek dan ciri-ciri murid hiperaktif
  1. Kognitif dan pencapaian akedemik
  • Lemah dalam pencapaian akademik
  • Gred yang diperolehi rendah
  • Mempunyai masalah belajar dalam jangka masa yang panjang
  • Mempunyai tulisan tangan yang buruk
  • Kerja yang tidak memuaskan
  • Tugasan yang tidak lengkap dan disusun dengan baik
2. Sosial
  • Tidak suka bergaul dengan rakan sebaya yang lain
  • Sukar diterima kawan kerana agresif
  • Tidak pandai berkomunikasi
  • Cenderung melakukan aktiviti sendirian
  • Tidak disukai oleh rakan
3. Emosi
  • Emosi tidak menentu 
  • Suka ketawa dan berasa seronok dengan tiba-tiba
  • Tidak suka duduk diam tanpa melakukan sesuatu
  • Berasa seronok bila rakan-rakan marah dengan gangguan yang dilakukan
  • Mudah berasa risau dan rendah diri
  • Kelakuan yang berulang-ulang 
  • Komunikasi yang sukar difahami
4. Tingkah laku
  • Agresif-menyebabkan kesukaran untuk membentuk perhubungan sosial
  • Suka menganggu rakan 
  • Berlari dan memanjat di dalam kelas
  • Bertukar satu tempat ke tempat yang lain
  • Tidak sabar
  • Sukar menunggu giliran 
  • Tingkah laku yang membahayakan diri sendiri
5. Bahasa
  • Lambat dalam perkembangan bertutur
  • Sukar  belajar perbendaharaan kata yang baru dan menamakan sesuatu
  • Percakapan yang sukar difahami
  • Tidak memahami arahan walaupun mudah
  • Sukar menyatakkna kehendak
6. Pengurusan diri
  • Mempunyai mesalah membersihkan atau mengemaskan diri
  • Mempunyai masalah mengenakan pakaian
  • Bertindak secara terpaksa
7. Kesihatan
  • Menghadapi masalah kesihatan disebabkan makanan yang menjejaskan otak
  • Lemah dalam gerakan motor kasar dak halus
  • Kesihatan mudah terganggu-pening kepala, asma, 
8. Pengamatan
  • Tidak boleh mengenal bentuk
  • Lemah dalam pendengaran bunyi
  • Keliru terhadap konsep ruang dan arah
  • Lambat dalam mengkelaskan benda
  • Kesukaran dalam mengaitkan pelajaran
  • Tidak dapat membuat kerja kreatif
  • Lemah daya pemikiran

FAKTOR PENYEBAB
  1. Faktor Neurologikal
  • Berkait dengan keadaan bayi dan ibunya semasa melahirkan dan mengandung. Biasanya kanak-kanak hiperaktif ini dikaitkan dengan masalah bayi semasa lahir sama ada bayi lahir tidak cukup berat badan, proses kelahiran yang lama, keadaan ibu yang mempunyai masalah untuk bersalin, Ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung dan sebagainya.  Ia juga dikaitkan dengan keadaan ibu yang mengambil alkohol dan merokok semasa mengandung. Perkara tersebut boleh menyebabkan anak-anak mereka cenderung mendapat hiperaktif.
2.  Genetik.
  • Tidak boleh lari daripada kaitan ibu atau bapa bayi tersebut. Kajian mendapati kanak-kanak yang mendapat hiperaktif adalah daripada anak-anak yang ibu atau bapa mereka mempunyai sejarah semasa kecil pengidap hiperaktif. Hal ini tidak mustahil mereka akan menurunkan sifat hiperaktif kepada anak-anak mereka kelak. Ia juga mempunyai kaitan dengan gangguan darah kepada bayi tersebut. Walaupun ibu atau bapa mereka tidak mempunyai ahli keluarga pengidap hiperaktif, namun anak-anak mereka cenderung mendapat hiperaktif kerana berlaku gangguan darah.
3. Faktor pemakanan
  • Biasannya kanak-kanak hiperaktif dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan daripada kapasiti akan menyebabkan berlakunya tindak balas atau ransangan otak ke otot dan fungsi badan. Bahan kimia yang terdapat dalam makanan yang menjadikan seseorang itu hiperaktif contohnya bahan pengawet, pewarna dan gula tiruan tersebut yang akan membentuk perilaku hiperaktif  kanak-kanak  kerana peningkatan tahap zat besi dalam serum darah.
4. Faktor persekitaran
  • Mempunyai kaitan dengan ahli keluarga kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak akan mudah menerima pengaruh adik beradik yang lain semasa di rumah. Mereka cenderung meniru aksi atau perlakuan abang dan kakak mereka. Di sekolah pula mereka suka meniru gaya-gaya rakan-rakan mereka tanpa memikirkan kesan atau baik buruknya perlakuan tersebut. Kanak-kanak juga cenderung meniru gaya-gaya di television. Hal ini kerana mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka.
Rawatan
  • Ubat-ubatan
  • Peranan ibubapa
  • Intervensi tingkah laku
  • pembelajaran

Tokoh yang mengalami masalah hiperaktif yang telah berjaya ialah 

THOMAS EDISON

ALEXANDER GRAHAM BELL




CHRISTOPER COLOMBUS

2 comments:

  1. salam kema. entri kema psl hyperactive ni bg byk sgt mklumat y manfaat ttg kanak2 hyper. siap ada ciri2 n faktor lg.blh la hjar buat rujukan nnt. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...boleh jer ambil maklumat ni sebagai rujukan...maklumat ni tidak lah terperinci sangat tapi still boleh dijadikan panduan..

      Delete