t>

Selamat datang

Monday 26 November 2012

Autisme

Autism

Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang salah satu penyakit kategori masalah pembelajaran iaitu autisme.

Definisi
Perkataan Autism adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme bererti aliran. Ia juga didefinisikan sebagai keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autism juga melibatkan masalah perkembangan yang memberi kesan terhadap komunikasi verbal dan bukan verbal serta interaksi sosial serta memberi impak terhadap pencapaian seseorang individu.

Ciri-ciri Autism

  1. Perkembangan bahasa yang lambat
  2. Sukar diajak bercakap
  3. Meniru perbualan orang lain
  4. Sukar memulakan perbualan
  5. Mengeluarkan bahasa yang sukar difahami
  6. Kelihaan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Aspek yang dititikberatkan
  1. Interaksi sosial
  • Tidak menghiraukan orang lain
  • Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak dari memandang orang lain'
  • Suka menjauhkan diri dan duduk disesuatu tempat
  • Lebih suka bermain sendiri
  • Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
  • Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
   2. Gangguan Deria
  • Tidak suka dipegang 
  • Sensitif terhadap bunyi yang kuat dan menutup telinga
  • Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut
  • Sensitif pada sentuhan
   3. Tingkah laku
  • Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
  • Tidak suka akan perubahan 
  • Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa reaksi
  4. Emosi
  • Sangat sukar diramal dan kerap berubah-ubah
  • Menyerang sesiapa sahaja berhampiranya jika emosiny terganggu
  • Mengamk tanpa terkawal sekiranya kemahuannya tidak dituruti ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diigini.
  • Adakalanya mencederakan diri sendiri
  • Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab
  • Merosakkan apa sahaja yang ada disekeliling jika emosinya tidak stabil.

Punca-punca Autisme
  1. Faktor genetik
  2. Faktor sebelum kelahiran
  3. Faktor semasa kelahiran
  4. Faktor selepas kelahiran
  5. Pencemaran dan toksin persekitaran

Pengujian untuk kanak-kanak autisme
  1. Ujian kecerdasan atau intelektual.
  • Menentukan kelayakan individu autisme untuk menerima perkhidmatan pendidikan khas 
    2. Ujian tingkah laku
  • Mengetahui matlamat kefungsian tingkah laku seseorang individu  
  • Mengenalpasti tingkah laku dan akibat setiap tingkah laku tersebut.
Pencengahan atau rawaatan
  1. Rawatan perubatan
  • Pengambilan vitamin B6 bersama magnisium
  • Pengambilan ubat ritalin
    2. Pengurusan tingkah laku
  • Pendekatan analisis terapan tingkah laku
  • Terapi pertuturan
  • Intervensi Awal
  • Intervensi auditori
    3. Peranan pihak sekolah dan ibubapa dari segi pengesanan awal kanak-kanak autisme
  • Peka apabila murid-murid atau anak-anak kurang memberi perhatian atau kurang cekap dalam pelajaran
  • Guru kelas perlu sedar terdapat kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid
  • Merujuk kanak-kanak yang disyaki tersebut kepada guru yang mempunyai kemahiran atau latihan pendidikan khas
  • Mengetahui tanda-tanda awal masalah pembelajaran dalam kalangan anak-anak mereka.
  • Membuat saringan
Peranan pihak dalam membantu kanak-kanak autisme
  1. Kerajaan
  • Memberi peluang pendidikan dan pembelajaran kepada mereka.
  • Merancang kurikulum untuk pendidikan khas tanpa menekankan keupayaan murid-murid autisme.
  • Menubuhkan pusat pemulihan dalam kominiti dan pusat sinar harapan.
    2. Bukan kerajaan

1 comment:

  1. Salam, blog awk sangat banyak berkongsi maklumat. Banyak yg dapat sy ketahui. thanks for sharig. :)

    ReplyDelete